Memasyarakatkan dan Menghayati Sastera Kita

Oleh : Mohamed Pitchay Gani Md.Abdul Aziz

Singapura merupakan pusat perkembangan dan penghayatan kesusasteraan Melayu di Nusantara sejak tahun l876 sehingga tahun l957. Kegemilangan sastera Melayu di Singapura selama 8l tahun ini dipandu oleh penubuhan Universiti Malaya dengan Jabatan Bahasa Melayu, bertambahnya kemasukan belia-belia dari seberang tambak ke Singapura yang kemudiannya menjadi penulis,wujudnya generasi penulis ASAS `50 dan terdapat pertumbuhan yang sihat pada jumlah suratkhabar dan majalah bahasa Melayu yang menyediakan ruang bagi penerbitan karya-karya sastera. Dalam erti kata lain terdapat semacam usaha untuk mamasyarakatkan sastera pada zaman itu.

Jika kita teliti senario bahasa dan kesusasteraan Melayu di Singapura dewasa ini, jelas terpancar cebisan daripada zaman kegemilangan sastera Melayu yang mula berputik Zaman ini merupakan cerminan zaman kegemilangan dahulu. Aktiviti bahasa dan sastera kini semakin mandapat perhatian dan sokongan masyarakat.ilimlah pera graduan bahasa Melayu dari dalam dan luar negeri seperti dari Universiti Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia semakin bertambah. Tidak kurang pula jumlah siswah dan siswazah yang sadang mengikuti kursus peringkat sarjana Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Singapura.

Perkembangan terbaru ini dikukuhkan lagi dengan program latihan intensif yang dijalankan terhadap guru-guru pelatih bagi bahasa Melayu di Institut Pendidikan Kebangsaan di kampus Bukit Timah dan Townsville. Begitu juga terdapat peningkatan yang sangat menggalakkan pada jumIah guru-guru bahasa Melayu yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda bahasa Melayu dari daIam dan luar negeri. Banyak juga anugerah persuratan dan kesusasteraan yang telah dikeluarkan bagi penulis-penulis tempatan.

Lelaman web bagi bahasa dan persuratan Melayu juga mula tumbuh seperti cendawan. Sastera kini boleh dihayati dengan cara yang lebih berkesan dan inovatif. Kini terdapat Siberpuisi di internet. Puisi bukan sahaja hidup tetapi dapat berinteraksi dengan pembaca. Terdapat juga beberapa lelaman lain yang memperkatakan tentang bahasa, budaya, sastera, kesenian dan penulisan Melayu. Zaman globalisasi dan informasi maklumat ini menjadi pemangkin kepada proses mamasyarakatkan dan menghayati sastera kita.

Jelas sekali masanya telah tiba untuk menjurus kepada agenda memasyarakatkan dan menghayati sastera kita. Banyak persiapan bagi menghadapi alaf baru sedang dilakukankan oleh segenap masyarakat bagi memelihara dan mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Usaha-usaha tersebut boleh dirancakkan dan diutuhkan lagi melalui penyelidikan ke dalam sejarah kesusasteraan kita, menggiatkan usaha penterjemahan karya-karya bahasa Melayu ke dalam bahasa-bahasa lain agar keunikan sastera kita dapat diperlihatkan kepada dunia, mengadakan pertemuan atau perbincangan seperti sesi-sesi dialog, ceramah dan bengkel sastera sepanjang tahun, mengadakan institusi sastera, memfilemkan karya-karya tempatan, mewajibkan pelajaran sastera di sekolah, dan mengadakan banyak peraduan. Selain itu karya-karya penulis kita juga harus dikumpulkan dalam antologi-antologi karya tempatan.

Pemasaran karya-karya tempatan di kawasan-kawasan berbahasa Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand harus dipertingkatkan. Peranan media elektronik termasuk akhbar dan majalah-majalah harus bargerak ke arah mempromosi hasiI sastera kita.Ini boleh dilakukan dengan menambahkan lagi ruang bagi karya-karya tempatan. Tajaan dan sumbangan badan-badan tertentu harus diperbanyakkan agar promosi dan pengiklanan buku-buku dan majalah-majalah dalam dan luar negeri dapat dilakukan. Mungkin kita boleh adakan kempen "Hayati Hasil SasteraTempatan".

Kempen ini juga boleh dikukuhkan lagi dengan peraduan penulisan novel pada peringkat nasional. Novel-novel yang berkualiti kemudiannya boleh diterbitkan dan dipasarkan.

Ilmu merupakan tunggak kepada proses pemasyarakatan dan penghayatan sastera kita. Ia memastikan penghasilan karya bermutu dan pembaca dapat menghayati karya berdasarkan pengetahuan dan latar belakang ilmu yang telah diperolehinya. Ilmu tatabahasa membantu penulis membina ayat yang bermutu dan sistematis. Konsep tautan dan runtutan dalam wacana, misalnya, dapat mengukuhkan lagi kepadatan isi sesuatu bahan penulisan agar mesej dapat disampaikan dengan jelas dan teratur. Sementara ilmu kritikan dan teori kesusasteraan pula menyedarkan penulis akan pendekatan- pendekatan yang sesuai dengan sesuatu karya yang ingin dihasilkan.

Metafora, personifikasi dan metonimi tidak akan dieksploitasi tanpa iImu. Keindahan puisi terbeku tanpa ilmu. Struktur dalam novel dan cerpen seperti tema, plot, watak dan sudut pandangan pasti bercelaru tanpa ilmu. Penulis juga tidak akan sedar akan kepentingan fungsi-fungsi suspens dan klimaks serta kesan katarsis dan mimesis yang lahir daripada sastera tanpa ilmu. Ilmu merupakan nadi kepada segala bentuk perlakuan dan pemikiran manusia.

Kewujudan bahasa itu sendiri merupakan satu unsur iImu, iaitu ilmu berkomunikasi. Bayangkan betapa dunia tanpa ilmu berbahasa. Bagaimana sesuatu mesej dapat disampaikan? Bagaimana seorang bayi akan berinteraksi dengan ibunya. Sekecil bayi pun memerlukan semacam ilmu berkomunikasi yang direalisasikan melalui gerak laku dan bunyi-bunyian yang dihasilkan untuk menarik perhatian. Ilmu bahasa memastikan kita dapat melahirkan niat sebenar dengan berkesan. Ilmu mengelakkan kekaburan dan ketaksaan.

Dengan ilmu juga bahasa dan sastera kita dapat diperhalusi dan diperkembangkan. Bahasa melambangkan pemikiran. Pemikiran merupakan cerminan psikologi manusia. Psikologi manusia Melayu berteraskan bahasa, budaya, sastera dan kesenian. Psikologi ini akan mencorak ketamadunan dan pencapaian bangsa tersebut. Ilmu juga mampu menjelaskan kewujudan peribahasa, perumpamaan, adat resam dan agama. Nabi Muhammad (SAW) sendiri dikehendaki berilmu (Iqra`) sebeIum baginda diberikan wahyu. Allah (SWT) juga telah berfirman yang bermaksud: "adakah sama di antara kamu yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu:" Jelas sekali ilmu tunggak segala kewujudan alam.

Cogankata "iImu menjiwai bahasa dan sastera" amat bertepatan dengan tema bulan bahasa tahun ini iaitu "memasyarakatkan dan menghayati sastera kita" kerana ilmu merupakan mekanisme yang menghidupkan sesuatu hasil kesusasteraan. Ia sekaligus menjamin nilai dan keberkesanan hahasa dan sastera kita.

Sumber : http://www.bahasawan.org