Terdapat banyak sejarawan melayu yang menyatakan bahawa seorang melayu, yang dikenali sebagai Panglima Awang, adalah orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Betul ke cerita ni? Mari aku ulaskan dengan lebih lanjut.
Kita semua tahu dari apa yang tercatat dalam buku2 sejarah, orang yang first sekali keliling dunia ialah Ferdinand Magellan (bukan Luis Figo aa) ataupun dalam rekod tu tulis ekspedisi yang diketuai dia berjaya mengelilingi dunia, sebab si Magellan sendiri yang terbunuh kat Cebu, Filifina dan hanya satu kapal dia yang bernama Victoria (bukan Posh Spice) yang berjaya sampai balik kat Sepanyol pada tahun 1522.
Kita dulu pun belajar kat sekolah, orang Portugis yang bernama Lopez de Sequeira (sedapnya nama, ala2 Enrique Iglesias) ialah antara orang putih pertama yang menjejakkan kaki ke Tanah Melaka pada 1509. Orang gelar dia masa tu Benggali Putih (agaknya orang2 kampung pelik kot, hidung mancung ala2 benggali, tapi kulit putih melepak). Agaknya tak tahan kena kutuk kot, telinga panas je, so member dia, Alfonso de Albuquerque (ade orang pronounce "Albukaki", ada "albukerk") pun sampai dengan tentera laut Portugis nak tawan Melaka pada 1511. Acah mak enon, mane ade sebab kena kutuk, sebab nak tawan pelabuhan melaka masa tu, yang dikenali sebagai Emporium Rempah (Adek manis mau bili apa, kari ada, rumpah ada, summa ada). Rempah mase tu ditimbang beratnya sama macam emas. Kalau sekarang macam tu, kaya la Ameer Ali, takde le bankrap.
Tak banyak orang yang tahu bahawa Magellan ni terlibat dalam dua2 operasi tu. Lepas Melaka jatuh ke tangan Portugis (jingkling nona, jingkling nona) , Magellan ni ambik la satu hamba keturunan Melayu yang dia bagi nama "Enrique"(glamer mamat tu, name omputeh). Si Enrique ni la yang jadi penterjemah yang dipercayai Magellan dan dibawanya balik ke Portugal.
Enrique ni merupakan salah seorang anak kapal Magellan dalam ekspedisi magellan ke Pulau Rempah Maluku melalui jalan barat dari Sepanyol. Magellan berkhidmat untuk kerajaan Sepanyol setelah ditolak oleh negaranya sendiri. Christopher Columbus pun dulu pernah terniat nak ikut jalan barat, tapi bila dah tiba kat tanah baru Amerika yang dia jumpa, terus terpesong dah niat dia. Sama macam Columbus jugak, Magellan memandang rendah jarak yang diperlukan untuk sampai ke timur melalui jalan barat. Jauh tu, kena rentas dua lautan, Anlantik dan Pasifik.
Tetapi dengan usaha gigih Magellan ni, beliau berjaya gak merentasi Atlantik, pusing Cape of Horn dan merentasi Pasifik yang belum dikenali lagi pada masa tu, beliau berjaya gak mendarat kat Pulau Mactank at Cebu, Filifina. Enrique ialah orang yang mula2 dapat tahu yang penduduk kat situ boleh faham bahasa dia bahasa Melayu, dan dia fikir mestilah dia ni tak jauh daripada tanah kelahirannya.
Tapi Magellan ni pulak buat hal, dia gaduh dengan raja tempatan dan terjadilah perang antara mereka berdua. Sape menang? Mesti la raja tu ek, sebab awal2 aku dah cerita yang Magellan tu mati kena bunuh kat sini. Ada yang kata Enrique pun mati gak, ada yang kata dia tolong orang kampung bunuh anak2 kapal yang tinggal, sebab mereka tak menepati janji, yang dia akan dibebaskan setelah Magellan mati. Banyak lak ending, Mane satu ni,,pilih la yang mane sedap.
Tapi ramai orang yang percaya, yang Enrique ni berjaya menyelamatkan diri dan balik ke Melaka, naik Air Asia. Eh tak ah, mana la aku tau dia balik camne. Kalau betul maka dialah orang pertama mengelilingi dunia ni (Asal melaka- gi sepanyol-filifina -balik semula). Malangnya pak pandir, takde rekod nak pastikan benda ni. Pulak tu Filifina pun ngaku yang Enrique tu orang Filifina, sebab dia boleh cakap bahasa diorang. Dalam Pigapetta punya catatan (dia ni anak kapal Magellan jugak) menyatakan yang Enrique tu hamba Melaka yang berasal dari Sumatera. Jadi Indonesia, Malaysia da Filifina semua ade bukti yang kukuh nak dakwa Enrique tu kebanggaan diorang.
Nama Panglima Awang tu hanya wujud setelah ianya dijadikan novel oleh Harun Aminurrashid (aku rekemenkan bace buku ni, best, tapi aku baca separuh je, mase tu aku baru darjah berape ntah, tak larat bace buku cerita pepanjang). Filifina pun ade gak cerita pasal dia dengan nama lain. Seingat aku Tun Dr Mahathir pernah cerita pasal ni, tapi dia sebut sebagai "Henry the Black". Nama sebenar Enrique ni (bailamosss) takde sape pun yang tahu dan mungkin tak akan diketahui.
Teladan dari kejatuhan Melaka
Artikel ni aku petik dari tulisan Datuk Adam A Kadir. artikel dia banyak berunsur politik , so aku edit bagi sesuaikan dengan laman web ni. Artikel yang menarik untuk dibaca dan direnung bersama.
Masalah Melayu antaranya ialah yang ada kaitan dengan sejarah.Melayu tidak mempunyai sejarah yang konkrit kerana ia selalu bercampur aduk dengan dongengan dan sikap berharap-harap. Sesiapa yang lupa sejarah akan dilaknatkan dengan berulangnya sejarah, kata yang berwibawa.
Kita tidak tahu dengan jelas, apa yang berlaku di sekitar 1511 apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis. Orang yang disalahkan antara lain ialah Raja Mundaliar, kononnya tali barut Portugis. Yang diwirakan ialah `Panglima Awang`, menurut imaginasi pengarang Harun Aminurrashid. Mungkin kalau dipastikan dengan jelas kesilapan dan kelemahan Melayu dan pemerintah Melayu ketika itu, ia boleh dijadikan teladan, dengan itu sejarah buruk itu tidak akan berulang.
Selepas penaklukan itu, Melayu bagaikan sudah padam di semenanjung ini. Timbul tak timbul ialah apabila Belanda mencatat dalam rekodnya bagaimana ia merampas Melaka dari Portugis 130 tahun kemudian. Dua ratus tahun selepas itu pula, British pula mengambil alih. Sejak itulah Melayu menumpang sejarah bertulis yang agak wajar.
Ahli-ahli sejarah kita pula, sudahlah kurang atau tiada menulis buku, mereka lebih cenderung membidas orang lain yang menulis tentang sejarah Melayu. Kononnya, yang ini tidak betul, yang itu terlalu eksentrik Eropah dan sebagainya. Kekurangan tradisi sejarah ini senang difahami. Pertama, Melayu dulu ketiadaan sistem pendidikan massa. Oleh itu penglahiran penulis sejarah adalah sesuatu yang amat sukar. Kedua, akibat dari ketiadaan itu, maka terdapat juga kekosongan khalayak pembaca. Akhirnya kedua-dua sebab ini hambat-menghambat dan hasilnya wujud keadaan yang dipanggil padang pasir sejarah. Kering dan kemarau.
Untuk itu elok juga kalau kita dapat mengingatkan semula kejatuhan Melayu di Melaka dalam tahun 1511. Sejak dulu lagi dunia ini diwarnakan oleh penjajahan. Amalan yang dianuti adalah globalisasi juga. Portugis datang ke dunia sebelah sini bukan semata-mata hendak mencari keuntungan dari perniagaan rempah, tetapi yang pentingnya mereka mengembangkan dasar menghancurkan Islam secara global dan digantikan dengan Kristian Roman Katolik.
Latar belakangnya menunjukkan Turki merupakan kuasa Islam yang sangat kuat dan telah menakluki sebahagian Eropah Timur, Semenanjung Balkan (di mana terletaknya Greece, Romania, Albania dan Yugoslavia kini) dan sebahagian bumi Arab. Sepanyol, sebagai jiran dan pesaing terdekat Portugis, sudah pun menjelajah dan menakluk beberapa tempat di Amerika Utara dan Selatan. Seorang pemuda yang bernama Colon atau Columbus, menurut sebutan Inggeris, sudah pun menjumpai Amerika Utara. Segala itu dilakukan berdasarkan serampang dua mata: menakluk dan mengembangkan Kristian mazhab Katolik.
Oleh itu Portugis mencari jalan lain ke dunia luas. Untuk mengelakkan pertempuran dengan Turki di sekitar Mediterranean dan Sepanyol di seberang Lautan Atlantik, Portugis menghala ke timur. Hasilnya, ia mendapat Goa di India, Melaka dan Macau di China. Portugis sedar akan kekurangannya. Itu sebabnya ia membataskan dirinya ke tempat-tempat itu. Sebelum abad ke-16 berakhir, Portugis sendiri ditakluki Sepanyol. Persoalannya ialah, bagaimana sebuah kuasa kecil Eropah boleh menakluk Melaka. Apa yang terbukti ialah kurangnya pengalaman Melayu dalam strategi hidup di sebuah bandar pelabuhan antarabangsa. Ia begitu terbuka.
Selain dari itu, Melayu juga tidak begitu faham tahap teknologi waktu itu dan tidak membuat sesuatu untuk meningkatkan pengetahuan teknologi ke tahap itu. Lebih dari segalanya, Melayu tidak terasa terancam dari segi keselamatan. Tidak ada bala tentera darat dan laut yang bersenjata canggih yang pernah dihadapi seperti yang dipamerkan oleh Portugis. Apa yang selalu mereka hadapi ialah alat-alat perang yang mengguna tangan, seperti lembing dan keris dan bukan senjata api yang boleh mematikan dari jauh seperti meriam dan senapang laras panjang. Bukan itu saja, teknologi membuat kapal yang berlayar bertingkat-tingkat untuk menjarah lautan luas dan jauh tidak terdapat di tangan Melayu Melaka. Yang ada hanyalah kapal-kapal kecil berlayar yang boleh sampai di pesisiran Sumatera, Jawa, Siam dan China Selatan.
Teknologi membuat tembok pun tidak didapati wujud. Rumah-rumah dibuat daripada buluh, nibung, daun nipah dan rembia. Dalam laporan King Emanuel yang panjang lebar kepada Pope dalam tahun 1513, beliau menyatakan 25,000 buah rumah di Melaka telah dimusnahkan. Penduduk `Moor` atau orang Islam sama ada dibunuh ataupun melarikan diri, sedangkan Raja Melaka melepaskan diri dengan menunggang gajah. Rampasan-rampasan dari istana dan rumah-rumah menghasilkan 60 tan emas dan 20 peti barang-barang kemas, selain dari rempah ratus.Portugis membina kota kebal dengan tembok setebal 15 kaki di atas tapak-tapak masjid yang diranapkan. Emanuel melahirkan kekagumannya kerana seorang panglima lautnya bernama Alfonso de Albuquerque mampu merampas `Aurea Chersonesus` atau Semenanjung Emas, seperti mana digelar untuk Melaka. Gelaran itu diberikan oleh Ptolemy, seorang astronomer dan pakar matematik dari Iskandariah, Mesir.
Apa yang tidak disebutkan oleh Raja Portugis dalam laporannya itu ialah segala emas dan intan berlian yang dirampas itu tenggelam bersama kapal utama Portugis, Mar de Flores, di Selat Melaka.Berapakah nilai emas dan intan berlian itu? Jawapan kepada soalan ini boleh memberikan asas untuk kita menentukan sama ada Melayu Melaka kaya atau sebaliknya pada zaman itu. Menurut harga pasaran dunia sekarang, satu auns emas bernilai 280 dolar. Oleh itu satu tan, nilainya 7.5 juta dolar. Maka 60 tan, nilainya ialah 450 juta dolar, sama juga RM1,710 juta atau RM1.7 bilion.Bagaimana pula nilai barang-barang kemas sebanyak 20 peti? Katalah RM100 juta. Jadi jumlah nilai semua sekali ialah RM1.8 bilion.
Penduduk Melaka dianggarkan 125,000 orang menurut kadar lima orang dalam sebuah rumah. Maka nilai per kapita Melaka ialah RM14,400. Ini bererti nilai rakyat Melaka waktu itu lebih tinggi daripada nilai orang Melayu hari ini. Kalau ada ilmu dan teknologi, kerajaan Melayu Melaka boleh membina tembok batu lapan kaki tinggi, tiga kaki tebal, empat kilometer panjang, dua kilometer lebar dengan harga 40 juta ringgit, dan semua penduduk Melaka tinggal di dalamnya. Masih lagi ada baki 1.76 bilion ringgit.Bayangkan berapa buah kapal layar bertingkat boleh didapati, berapa banyak meriam dan senapang panjang boleh dibeli, dan berapa ramai pula askar darat dan angkatan laut boleh dikerahkan. Tetapi semuanya itu tidak berlaku.
Kekayaan Melayu Melaka hanya dibekukan dalam istana dan untuk perhiasan diri dan rumah. Pemerintah hanya bijak menghukum rakyat sendiri, tetapi terlalu bebal untuk menyiapkan diri dari segi strategi pertahanan. Kebebalan inilah yang menggalakkan Portugis membuat penaklukan dengan hanya beberapa buah kapal.Dari gambaran Melaka itu, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kekayaan tidak menjamin keutuhan Melayu. Sebaliknya apa yang menjadi jaminan ialah pemikiran strategik.
Pemikiran begini harus menjadi pulur dalam semua tindakan Melayu demi keharmonian dan kestabilan negara ini. Bukan saja dalam hal perpaduan, malahan dalam pengagihan peluang dalam semua bidang.Dan kiranya pemikiran strategik wujud dalam diri pemimpin-pemimpin Melaka 500 tahun dulu, tentunya perjalanan sejarah amat berlainan sekali. Justeru kelaknatan berulangnya sejarah bukan menjadi satu ancaman.
Sumber : http://budakjohor.tripod.com/id10.html