Kerajaan Gowa dan Tallo Sulawesi Selatan menyimpan sejarah lambang pengaruh Islam di nusantara. Diantara yang tertinggal adalah Masjid Katangka yang pertama dibangun di Sulawesi pada awal abad ke-17.
Masjid paling tua ini terletak di Kabupaten Gowa, Sulsel kira-kira 35 menit dari pusat kota Makasar.
Pemerintah Raja Gowa ke-14 memeluk Islam pada 9 Jumadil awal 1014 hijrah, atau 22 September 1605 dan dikenali sebagai Sultan Alauddin, yang wafat dan dikebumikan di Bukit Tamalate, Sungguminasa. Kawasan pemakaman tersebut dulunya adalah tapak istana kerajaan Gowa sebelum abad ke-16.
Bersebelahan dengan makam Sultan Alauddin, bersemayam jasad cucunya, Sultan Hasanuddin yang terkenal dengan kepahlawanan menentang penjajahan Belanda. Selain Raja Gowa, golongan pemerintah lain yang berkuasa di Makassar dan terkenal dengan sejarah keislamannya adalah Raja Tallo.
Berdasarkan silsilah, Raja Tallo ialah Sultan Muzaffar yang juga Raja Tallo ke-7 dan mangkat pada 1641. Begitu juga Raja Tallo Karaeng Katangka, Sultan Abdullah Awwal Al Islam dan Raja Gowa Daeng Manra‘bia.
Raja Gowa dan Raja Tallo merahasiakan keimanan Islam yang dianutnya, kepada masyarakat selama lebih dua tahun. Salah seorang sejarawan Sulsel, Prof Dr Ahmad Sewang berpendapat, peresmian keIslaman di wilayah itu dimulai pada 9 November 1607 dan ketika itu, Islam menjadi agama rasmi kerajaan Gowa-Tallo.
Untuk memantapkan usaha dakwah, Raja Gowa bersama mangkubuminya, Raja Tallo bersama-sama menyebarkan Islam ke negara jiran yang berketurunan Bugis seperti Bone, Soppeng dan Wajo (Bosowa).
Ketiga kerajaan Bugis itu menentang seruan kerajaan Gowa-Tallo dan membentuk gabungan kerajaan hingga meletuslah perang. Bone adalah kerajaan terakhir menerima Islam setelah mengalami kekalahan pada 1611.
Setelah Bone menerima Islam, sebahagian besar wilayah Sulsel menerima dakwah Islam kecuali Tana Toraja (Tator). Ulama lain yang memperjuangkan Islam adalah dari Minangkabau iaitu Datuk Ri Bandang Abdul Ma‘mur Khatib Tunggal. Beliau juga perintis dakwah di Sulsel.
Datuk Ri Bandang dikatakan berketurunan Melayu dari Padang Darat, Kampung Kota Tengah, Sumatera. Bersama dua sahabatnya, Sulaiman Khatib Sulung bergelar Datuk Ri Patimang dan Abdul Jawad Khatib Bongsu yang bergelar Datuk Ri Tiro, menjadi abdi dalam kerajaan, melaksanakan dakwah mereka di istana dan mengIslamkan Raja Gowa dan Tallo. (Zulkarnain Hamson)
Sumber : http://www.ujungpandangekspres.com/view.php?id=74&jenis=Laporan